- Menyemai kesedaran murid terhadap semangat cinta akan bangsa dan negara
- mengukuhkan perhubungan dan pergaulan sesama murid tanpa mengira kaum
- membina keyakinan diri, kepimpinan dan disiplin murid
- menggilap bakat murid dalam pelbagai lapangan ilmu dan aktiviti yang diceburi
- Semua ahli dapat menyampaikan perasaan cinta akan bangsa dan negara
- Semua ahli mendidik dan mampu mendidik diri sendiri dan rakan sebaya
- semua ahli mampu menolak pengaruh negatif dan berdikari
- semua murid dapat menunjukkan potensi dan bakat tanpa rasa rendah diri
- Dibuka kepada semua ahli sekolah ini
- Permohonan menjdai ahli adalah dengan cara ditemu bual oleh guru
- Keahlian akan terbatal dengan sendirinya apabila murid tidak hadir perjumpaan sebanyak tiga kali berturut-turut
- Guru penasihat terdiri daripada guru sekolah
- Guru penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan semua aktiviti apabila difikirkan perlu
- Dilantik semasa mesyuarat Agong secara undian dan pilihan majority
- Ahli yang tidak hadir tetapi menyatakan kesudian menjadi ahli layak dilantik
- AJK kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa melalui mesyuarat
- AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menulis surat kepada guru penasihat
- AJK persatuan terdiri daripada :
Naib Pengerusi
Setiausaha
Naib Setiausaha
Bendahari
Penolong Bendahari
AJK Kelas
6) DERMA
- Sumber utama kewangan adalah dari derma/sumbangan yang ditetapkan
- Persatuan yang juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti
- Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai projek tersebut
- Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan sepanjang malam
- Ahli yang gagal mematuhi peraturan akan dikenakan tindakan disiplin
- Aktiviti akan dijalankan mengikut rancangan dalam mesyuarat agong dan mesyuarat jawatankuasa
- Sebarang perubahan dan pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada ahli
- Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas persatuan
- Ahli hendaklah mematuhi sebarang peraturan khas yang ditetapkan oleh persatuan
- Ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan disiplin
No comments:
Post a Comment